Saturday, 21 December 2013
Tahun Baru dan Azam
Tahun baru hanya tinggal 8 hari saja lagi. Apakah azam 2013 telah tercapai? Apakah hajat telah tercapai?
Ya sebahagiannya telah tercapai..Pencapaian yg paling mengujakan saya kira..Impian untuk memiliki sebuah kediaman tempat berteduh..
Jadi untuk Tahun 2014 apa pula azam yg direncana? Azam untuk kehidupan yang lebih baik in shaa Allah..Azam untuk membantu lebih ramai orang..Azam untuk menjadi lebih positive dan mempunyai aura positive..
Sambil memasang azam dan impian, terpandang kisah Mastura & Jebat dalam Cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta di saluran Astro Mustika HD..(ececeh macam promote astrola pulak)..Layan kejap lagu ni.
There's something in this song.
But, I BELIEVE THAT LOVE ISN'T SELFISH & EVERYTHING HAPPEN, HAPPEN FOR A REASON..
Moga mimpi yang indah-indah dan moga dikurniakan kekuatan & ketabahan untuk mencapai impian.
~ xoxo ~ moon sensei ~
Friday, 6 December 2013
Bila rindu bertamu
Menyusuri deretan-deretan kedai di Plaza PKNS lalu terpandang kedai menjual pakaian muslimah berbentuk jubah. Lantas hati menjadi sayu dan rindu pun bertamu utk ibu. Tiada lagi jubah yg dapat angah belikan utk mak di pagi raya..bahkan betambah sayu lagi bila berjalaan dan terlihat blouse2 wanita kegemaran mak..Tuhan saja yg tahu betapa rindunya hati buat mak..Lantas ku titipkan al -fatihah buat mak.
Tujuan ke sini adalah utk mencari buku roza roslan yg terbaru..Aroma Antara Benua..Bukan sekadar resepi benarlah begitu isinya..kerana setiap resepi punya cerita tersendiri..cerita dgn mak, wan, adik beradik, mak mertua..cerita dgn kebesaran Tuhan pada setiap kejadian..Allah rindunya saya pada masakan mak..saya tak punya kesempatan menyimpan dan mempelajari hasil tangan mak yg sedap-sedap belaka..sedangkan membuat karipap pun tak pernah sama mcm karipap mak..
Hajat di hati ingin sama-sama dgn mak tinggal di teratak kecil saya. Biarpun tak seluas mata memandang namun inilah hasil titik peluh saya dan saya sangat gembira memiliknya.
Sehari sebelum mak dijemput Ilahi sempat juga membawa mak ke sini. Senyuman terukir di bibir mak tanda gembira dgn apa yg saya usahakan..cukuplah itu utk membuat hati saya lega.sekurang2nya mak merestui apa yg lakukan.Dalam kepayahan dan suka duka membina teratak kecil ini makla sumber semangat dan kekuatan saya.Takkan ada gantinya..
Al-fatihah buat mak
(1956-2013)
Sesungguhnya hidup ini pinjaman semata.Moga mak tenang di sana.
Saturday, 17 August 2013
My little Taj Mahal
Pastilah Taj Mahal di Agra itu begitu indah di pandangan mata jika hendak dibandingkan dengan teratak kecil saya. Begitu juga tentang kegungan cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz yang diabadikan dengan sebuah senibina yang menjadi keajaiban dunia berabad lamanya. Namun begitu disebalik pembinaan rumah ini saya menanamkan niat dan cita-cita bahawasanya rumah ini adalah tempat untuk hidup berkasih sayang. Maka berbahagialah dan hiduplah dengan kasih sayang di dalamnya.
Walaupun semasa pembinaan rumah ini saya adalah seorang wanita yang masih bujang namun itulah impian saya. Melangkahlah ke rumah ini dengan hati yang bersih dan rasakan kasih sayang di dalamnya. Tinggi harapan saya untuk rasa begitu.
Anjung Impian: tiang kayu keruing yg besar kelihatan gah sekali dicat dgn warna gelap.
Adik2 sedang berangan di tandas tetamu
Pagar kayu berukir: berehat sebentar bersama adik bongsu
My little Taj Mahal: about 90% completed
Dengan adik yg selalu mendengar kisah pahit manis dan keluh kesahku.. Tenkiu sista ♥
Tiang porch. Suprise drpd en kontraktor. Sungguh cantik hasilnya. Saya sendiri tidak tahu menahu lebihan kayu berukir dari pagar akan dipadankan dgn batu2 purba untuk tiang ini. Tetapi hasilnya memang impressive. Saya sangat menyukainya.
Pandangan dari bilik utama. Di depannya dibina beranda seluas 5 kaki dengan pagar kayu berukir setinggi 3 kaki. Saya membayangkan keindahan membuka tingkap bilik dipagi hari.
Walaupun semasa pembinaan rumah ini saya adalah seorang wanita yang masih bujang namun itulah impian saya. Melangkahlah ke rumah ini dengan hati yang bersih dan rasakan kasih sayang di dalamnya. Tinggi harapan saya untuk rasa begitu.
Pada saya rumah ini merupakan suatu keajaiban yang berlaku ke atas saya. Tidak terlintas sebenarnya diminda saya untuk memiliki rumah sebegini. Rumah yang dibina sendiri pada usia begini dan keadaan begini. Segala kudrat dan keringat tercurah di sini. Segala tangis dan tawa juga bersemadi di sini. Namun saya punya keyakinan ia punya pengakhiran yang manis. Suatu kisah yang berliku untuk dilalui namun manis untuk dikenangi.
Saturday, 10 August 2013
¤¤ Let's play with colours ¤¤
Salam syawal...
4 syawal 1434H..pulang dari umah makcik di sijangkang..nk sambung cerita tentang teratak kecil saya..
Bumbung sudah, siling pun sudah..now let's play with colours..
Let us colour the walls..
Untuk dinding sy tidak menggunakan banyak warna..inspirasi warna saya ialah terang & luas..
Untuk cat luar saya memilih warna hijau "oolong" ..cat yg ada dlm bayangan saya sejak mula berangan-angan utk memiliki sebuah rumah..tapi warna ni sgtla susah nk cari..byk2 brand yg sy cari cuma ada dlm katalog jotun shj...maka hasilnya seperti yg diidam2kan..satu lg sebab saya sukakan warna ini sebab saya mahu kerja2 kayu yg indah2 itu kelihatan menyerlah sekali bila digandingkan bersama..
Oolong colour by jotashield for exterior walls
End product :: I just love it
Green n brown which I hope will work together
Seterusnya utk dinding sebelah dalam sy menggunakan warna " candlelight" dari ici dulux..warna cream tetapi lebih kepada kuning utk effect luas..ada sedikit kawasan utk "feature wall" di family area n master bedroom..tapi belum lagi dpt diselesaikan..for the time being sy share yg dah siap dlu ok
Candlelight:: by dulux inspire |
End product @ hall |
My hallway to kitchen |
Plaster ceiling..ideas & design
Salam lebaran 1434H..hari ni adalah tanggal 1 syawal..
Sleepless night tonight because I think I have overeat..tu diaa arini macam2 benda dok sumbat dalam perut..dari ketupat, lemang, lodeh, laksa segala bagai semua pun masuk..last2 inilah akibatnya perut sebu mata pun tak boleh nak tutup..
So, sambil dok hangat ketupat mehla nak update blog ni..ini cerita tentang plaster ceiling teratak kecil saya...design ringkas sahaja pada saya sebab saya xmahu design yg terlalu padat membuatkan ruang kelihatan sempit..
Siling dibuat 2 tingkat utk ruang tamu dan family area..ditengahnya saya letakkan 'dome' sebagai centre of attractions utk tempat menggantung kipas..
Di ruang lain semuanya 1 tingkat dan saya meletakkan bunga tampal di bilik tidur utama beserta porch.

Ceiling at my family area~dome utk letak kipas
Di bawah ini anda lihat ada 3 biji kotak saya panggil di hallway menuju ke dapur saya. Sebenarnya saya tidak berapa arif tentang dekorasi dan interior design ni terutama sekali part siling. Ini adalah idea dan hasil perbincangan saya dengan kontraktor saya. Ada suatu kisah lucu di situ di mana saya membayangkan lampu-lampu yang akan dipasang ditengah-tengah kotak tu akan melekat rupanya lampu gantung lebih cantik. Kalaula saya tidak berbincang dulu dengan kontraktor saya pasti hasilnya nanti kelihatan agak canggung..
3 boxes along the hallway~what kind of light should be nice here?
View of my family area & the hallway
Simple bunga tampal dalam master bedroom
Sunday, 4 August 2013
Roofing
Salam manis..salam kasih...
Meneruskan kisah teratak kecil saya..kali ini cerita tentang bumbung..
Bumbung ini dibina setinggi 10kaki dgn menggunakan besi aluminium. Sy kira bumbung besi ini lebih kukuh dan tahan lama berbanding menggunakan kayu..
Pandangan sisi teratak kecil saya |
Pandangan hadapan bersama papan manisku |
Kepingan genting sedang disusun |
Setelah siap disusun semuanya |
Warna genting yg saya pilih "Russet brown". Sy rasa warna ini mudah dipadankn dgn banyak warna |
Setakat ni dulu utk bahagian roofing..jumpa lagi di lain entry
Sunday, 28 July 2013
Dinding..built in wardrobe
Salam 15 Ramadhan...
Dah lama tak update blog utk sambungan proses pembinaan 'teratak kecilku'..well to share out some stories beneath..this was how the walls and the built in wardrobe was set up..
Cerita pasal dinding cuma perkara biasa..tiada yg istimewa..sama seperti dinding2 bangunan lain..cuma bila saya melihat sendiri prosesnya bagi menentukan ketepatan sudut pada setiap dinding maka di situ saya menjadi kagum tentang perincian yang dibuat bagi memastikan hasil yang memuaskan. Tip top kata kontraktor saya.
Yang saya fikir istimewa dan mungkin rezeki pada hemah saya ialah 'built in wardrobe'.Sebenarnya ia tiada pada plan asal..tapi ia terbina diantara 2 tandas bilik utama dan bilik kedua..Tandas pada rumah saya kesemuanya dibina diluar ibu rumah. Ia bukan bermaksud kita perlu berjalan sejauh beberapa meter untuk ke tandas, tetapi ia berasingan bumbung dan lantai. Walaubagaimanapun saya terpaksa mengorbankan tingkap utk bilik itu..sebagai ganti saya meletakkan tingkap pada bahagian atas wardrobe dan 1 point aircond di bilik itu..takut nanti anak dara saya kepanasan pulak ..well please scroll down for the snapshots behind the stories.

Pandangan dari dapur pada awal pemasangan batu bata
Ini adalah bahagian dapur saya. Kelihatan juga pintu belakang dan tingkap di sink.
Berlatarkan nyiur dan beratapkan langit ~ Indah sekali
7 feet wardrobe ideas by pn norma |
pekerja-pekerja sedang gigih menaikkan dinding.
Hampir keseluruhan dinding telah naik. Alhamdulillah.
Monday, 1 July 2013
Papan manisku yg manis (fascia board)
Papan manisku yg manis..hihi..tajuk entry yg mengada je bunyinya..well, kerana design yg simple tapi punya nilai tersendiri di mata saya...lalu saya gelarkannya sebegitu ♥
Apakah dia papan manis? Papan manis ini dipanggil juga sebagai "fascia board" dalam Bahasa Inggeris ialah papan yg paling hujung pada cucur atap..nenek moyang kita pada zaman dahulu mengukirnya dgn begitu cantik supaya menambahkan seri rrumah..Bagi saya, walaupun konsep yg saya mahukan ialah modern tropika..namun papan manis ini adalah sebagai penyeri rumah..maka, saya pun memilih ukiran yg ringkas & mudah sbg papan manisku yg manis ★
Untuk papan manis saya, kayu yang digunakan adalah dari jenis resak..setelah mencari sedikit maklumat mengenai kayu ini, ini yg en. wikipedia bagitau..patutla saya tengok mudah je proses memotongnya..tak ada sedikit pun kayu yang patah..rupanya kayu ni sesuai utk pembinaan berat.
" Pokok Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Kayu gubalnya berwarna perang kekuningan muda, manakala teras kayunya berwarna perang kekuningan hingga perang kemerahan. Iranya lurus atau sedikit berpanca. Teksturnya halus dan rata.Kegunaannya : Kayu pokok ini sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air. Ia juga sesuai digunakan untuk ranjang landas dan bahagian dalam kenderaan, selain perabot lasak dan kotak kayu."

Proses melukis corak dan memotong papan |
sekeping papan manis telah berjaya diukir
Contoh papan manis berukir @paya indah wetlands, dengkil |
Yg ini contoh ukiran motif sarang lebah |
Papan manis yg sudah disyelek |
Papan manis dipasang sebelum bumbung dipasang |
Hasil akhir papan manisku yg manis ♥ |
Friday, 28 June 2013
In the name of Allah the most Gracious & The Most Merciful
It was on my best friend's solemnization that the project begin on the land...23rd March 2013 (Saturday) I still remember clearly where I brought both my parents n my nephew to the site..This little hut was built because of God's love towards me that this person (my contractor) the 1st that initiate and inspire this project..
At 1st I was not confident to build the house..but with the guide given and the strength lend to me..I'm sure that eventually it will be a success.
The gratitude that I want to express the most is 1st to the God that giving me such a great path and the 2nd is to my contractor so called my colleague that always lending me strengths and support to continue this project. Although there were ups and downs but still I am grateful to get such a great opportunity.
Ini adalah kisah pahit manis saya sepanjang pembinaan dan pembikinan teratak kecil yg sangat saya sayangi. Suka duka dan pelbagai ujian yang dilalui sepanjang pembinaan rumah ini. Dari hanya sebidang tanah hingga terbinanya sebuah 'ISTANA' di mata saya.

Footing: right after the piling as the very base of a house |
so called 'site visit' :D |
after the footing, here stands the pillars |
the beam |
Friday, 21 June 2013
Sneak peak..bintang di langit ★★★
As salam...
Kenapa tajuk entry kali ni macam tu ek..ok..ni sebenarnya latest woodwork utk my little hut ni..ukiran yg kat bawah ni..
Nampak mcm bintang kan? ♥
Ni gambar ukiran bunga yang saya Google. .ingatkan bunga tup2 bintang rupanya |
Bunga bintang saya yang dah diubahsuai |
★☆ bintang-bintang di langit saya ★ ☆ |
Ni sebab..pagi2 dalam sedang memilih2 jenis bunga utk dilhiaskan di bahagian anjung rumah...maka saya terjumpa 1 gambar yg menarik..saya rasa saya sukakan yg classy, classic n evergreen..not to mention uniqueness as well..so I Google for some images..tetapi yg terhasil ni ada sedikit olahan supaya memudahkan kerja tukang kayu saya...saya sangat tidak sabar utk melihat hasilnya di anjung rumah saya nanti...;)
Bunga bintang yang telah disyelek dan sedang disusun
Bunga bintang sebelum disyelek
Proses memasang bunga bintang di porch
Will post more pictures bila dh siap nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)