Monday, 1 July 2013

Papan manisku yg manis (fascia board)

Papan manisku yg manis..hihi..tajuk entry yg mengada je bunyinya..well, kerana design yg simple tapi punya nilai tersendiri di mata saya...lalu saya gelarkannya sebegitu ♥

Apakah dia papan manis? Papan manis ini dipanggil juga sebagai "fascia board" dalam Bahasa Inggeris ialah papan yg paling hujung pada cucur atap..nenek moyang kita pada zaman dahulu mengukirnya dgn begitu cantik supaya menambahkan seri rrumah..Bagi saya, walaupun konsep yg saya mahukan ialah modern tropika..namun papan manis ini adalah sebagai penyeri rumah..maka, saya pun memilih ukiran yg ringkas & mudah sbg papan manisku yg manis ★

Untuk papan manis saya, kayu yang digunakan adalah dari jenis resak..setelah mencari sedikit maklumat mengenai kayu ini, ini yg en. wikipedia  bagitau..patutla saya tengok mudah je proses memotongnya..tak ada sedikit pun kayu yang patah..rupanya kayu ni sesuai utk pembinaan berat.

" Pokok Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Kayu gubalnya berwarna perang kekuningan muda, manakala teras kayunya berwarna perang kekuningan hingga perang kemerahan. Iranya lurus atau sedikit berpanca. Teksturnya halus dan rata.Kegunaannya :  Kayu pokok ini sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air. Ia juga sesuai digunakan untuk ranjang landas dan bahagian dalam kenderaan, selain perabot lasak dan kotak kayu."


Proses melukis corak dan memotong papan


sekeping papan manis telah berjaya diukir

Contoh papan manis berukir @paya indah wetlands,  dengkil

Yg ini contoh ukiran motif sarang lebah

Papan manis yg sudah disyelek

Papan manis dipasang sebelum bumbung dipasang



Hasil akhir papan manisku yg manis ♥

No comments:

Post a Comment