Saturday, 17 August 2013

My little Taj Mahal

Pastilah Taj Mahal di Agra itu begitu indah di pandangan mata jika hendak dibandingkan dengan teratak kecil saya. Begitu juga tentang kegungan cinta Shah Jahan kepada isterinya Mumtaz yang diabadikan dengan sebuah senibina yang menjadi keajaiban dunia berabad lamanya. Namun begitu disebalik pembinaan rumah ini saya menanamkan niat dan cita-cita bahawasanya rumah ini adalah tempat untuk hidup berkasih sayang. Maka berbahagialah dan hiduplah dengan kasih sayang di dalamnya.


Anjung Impian: tiang kayu keruing yg besar kelihatan gah sekali dicat dgn warna gelap.


Adik2 sedang berangan di tandas tetamu

Pagar kayu berukir: berehat sebentar bersama adik bongsu

My little Taj Mahal: about 90% completed

Dengan adik yg selalu mendengar kisah pahit manis dan keluh kesahku.. Tenkiu sista ♥

Tiang porch. Suprise drpd en kontraktor.  Sungguh cantik hasilnya. Saya sendiri tidak tahu menahu lebihan kayu berukir dari pagar akan dipadankan dgn batu2 purba untuk tiang ini. Tetapi hasilnya memang impressive.  Saya sangat menyukainya.

Pandangan dari bilik utama. Di depannya dibina beranda seluas 5 kaki dengan pagar kayu berukir setinggi 3 kaki. Saya membayangkan keindahan membuka tingkap bilik dipagi hari. 


Walaupun semasa pembinaan rumah ini saya adalah seorang wanita yang masih bujang namun itulah impian saya. Melangkahlah ke rumah ini dengan hati yang bersih dan rasakan kasih sayang di dalamnya. Tinggi harapan saya untuk rasa begitu.


Pada saya rumah ini merupakan suatu keajaiban yang berlaku ke atas saya. Tidak terlintas sebenarnya diminda saya untuk memiliki rumah sebegini. Rumah yang dibina sendiri pada usia begini dan keadaan begini. Segala kudrat dan keringat tercurah di sini. Segala tangis dan tawa juga bersemadi di sini. Namun saya punya keyakinan ia punya pengakhiran yang manis. Suatu kisah yang berliku untuk dilalui namun manis untuk dikenangi.











4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      T.kasih saudara. Rumah ni sederhana shj keluasan 1900kps dgn kos tidak melebihi 165k..
      Tandas terasing mksudnya dr segi bumbung dan binaan tak mengganggu ibu rumah..kalau dilihat dr sisi seolah2 ada bilik terasing dari rumah..bumbungnya adlh bumbung slab dan bukan genting spt ibu rumah..tapi bila berada di dlm rumah nibtak terasa pn mcm tandas terasing..

      Kalau nk lihat hasil lain kontraktor saya jengahla kat sini
      terataksurga.blogspot.com

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Ada banyak lg hasil2 yg hebat n cantik di blog contractor..never mind..sharing is caring

    ReplyDelete