Anjung Impian: tiang kayu keruing yg besar kelihatan gah sekali dicat dgn warna gelap.
Adik2 sedang berangan di tandas tetamu
Pagar kayu berukir: berehat sebentar bersama adik bongsu
My little Taj Mahal: about 90% completed
Dengan adik yg selalu mendengar kisah pahit manis dan keluh kesahku.. Tenkiu sista ♥
Tiang porch. Suprise drpd en kontraktor. Sungguh cantik hasilnya. Saya sendiri tidak tahu menahu lebihan kayu berukir dari pagar akan dipadankan dgn batu2 purba untuk tiang ini. Tetapi hasilnya memang impressive. Saya sangat menyukainya.
Pandangan dari bilik utama. Di depannya dibina beranda seluas 5 kaki dengan pagar kayu berukir setinggi 3 kaki. Saya membayangkan keindahan membuka tingkap bilik dipagi hari.
Walaupun semasa pembinaan rumah ini saya adalah seorang wanita yang masih bujang namun itulah impian saya. Melangkahlah ke rumah ini dengan hati yang bersih dan rasakan kasih sayang di dalamnya. Tinggi harapan saya untuk rasa begitu.
Pada saya rumah ini merupakan suatu keajaiban yang berlaku ke atas saya. Tidak terlintas sebenarnya diminda saya untuk memiliki rumah sebegini. Rumah yang dibina sendiri pada usia begini dan keadaan begini. Segala kudrat dan keringat tercurah di sini. Segala tangis dan tawa juga bersemadi di sini. Namun saya punya keyakinan ia punya pengakhiran yang manis. Suatu kisah yang berliku untuk dilalui namun manis untuk dikenangi.