Sunday, 28 July 2013

Dinding..built in wardrobe

Salam 15 Ramadhan...

Dah lama tak update blog utk sambungan proses pembinaan 'teratak kecilku'..well to share out some stories beneath..this was how the walls and the built in wardrobe was set up..

Cerita pasal dinding cuma perkara biasa..tiada yg istimewa..sama seperti dinding2 bangunan lain..cuma bila saya melihat sendiri prosesnya bagi menentukan ketepatan sudut pada setiap dinding maka di situ saya menjadi kagum tentang perincian yang dibuat bagi memastikan hasil yang memuaskan. Tip top kata kontraktor saya.

Yang saya fikir istimewa dan mungkin rezeki pada hemah saya ialah 'built in wardrobe'.Sebenarnya ia tiada pada plan asal..tapi ia terbina diantara 2 tandas bilik utama dan bilik kedua..Tandas pada rumah saya kesemuanya dibina diluar ibu rumah. Ia bukan bermaksud kita perlu berjalan sejauh beberapa meter untuk ke tandas, tetapi ia berasingan bumbung dan lantai. Walaubagaimanapun saya terpaksa mengorbankan tingkap utk bilik itu..sebagai ganti saya meletakkan tingkap pada bahagian atas wardrobe dan 1 point aircond di bilik itu..takut nanti anak dara saya kepanasan pulak ..well please scroll down for the snapshots behind the stories.

Pandangan dari dapur pada awal pemasangan batu bata


Ini adalah bahagian dapur saya. Kelihatan juga pintu belakang dan tingkap di sink.

Berlatarkan nyiur dan beratapkan langit ~ Indah sekali 

7 feet wardrobe ideas by pn norma 

pekerja-pekerja sedang gigih menaikkan dinding. 


Hampir keseluruhan dinding telah naik. Alhamdulillah. 


Monday, 1 July 2013

Papan manisku yg manis (fascia board)

Papan manisku yg manis..hihi..tajuk entry yg mengada je bunyinya..well, kerana design yg simple tapi punya nilai tersendiri di mata saya...lalu saya gelarkannya sebegitu ♥

Apakah dia papan manis? Papan manis ini dipanggil juga sebagai "fascia board" dalam Bahasa Inggeris ialah papan yg paling hujung pada cucur atap..nenek moyang kita pada zaman dahulu mengukirnya dgn begitu cantik supaya menambahkan seri rrumah..Bagi saya, walaupun konsep yg saya mahukan ialah modern tropika..namun papan manis ini adalah sebagai penyeri rumah..maka, saya pun memilih ukiran yg ringkas & mudah sbg papan manisku yg manis ★

Untuk papan manis saya, kayu yang digunakan adalah dari jenis resak..setelah mencari sedikit maklumat mengenai kayu ini, ini yg en. wikipedia  bagitau..patutla saya tengok mudah je proses memotongnya..tak ada sedikit pun kayu yang patah..rupanya kayu ni sesuai utk pembinaan berat.

" Pokok Resak dikelaskan sebagai pokok kayu keras berat. Kayu gubalnya berwarna perang kekuningan muda, manakala teras kayunya berwarna perang kekuningan hingga perang kemerahan. Iranya lurus atau sedikit berpanca. Teksturnya halus dan rata.Kegunaannya :  Kayu pokok ini sesuai untuk pembinaan berat seperti jambatan, cerucuk dan kerja dalam air. Ia juga sesuai digunakan untuk ranjang landas dan bahagian dalam kenderaan, selain perabot lasak dan kotak kayu."


Proses melukis corak dan memotong papan


sekeping papan manis telah berjaya diukir

Contoh papan manis berukir @paya indah wetlands,  dengkil

Yg ini contoh ukiran motif sarang lebah

Papan manis yg sudah disyelek

Papan manis dipasang sebelum bumbung dipasang



Hasil akhir papan manisku yg manis ♥